Pengenalan Takaful
RISIKO DALAM ISLAM
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan ketakutan,
kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"
(al-baqarah ayat:155)
PENGENALAN
TAKAFUL
“Takafala”
bererti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Konsep yang
berasaskan kepada hubungan persaudaraan Islam, rasa saling tanggung jawab dan
saling berkerjasama di kalangan peserta. Sumbangan kewangan berdasarkan kepada
tabarru’ Bukan kontrak jual beli. Dana tabarru’ bukanlah milik syarikat tetapi
syarikat hanyalah wakil sebagai pengendali dana. Lebihan akan dikongsi
berdasarkan mudharabah atau caj yang dikenakan kepada peserta (wakalah).
DALIL
TAKAFUL
“Dan
tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan
tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan” (Surah Al-Maidah: 2)
“Dan
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi
penolong sebahagian yang lain….” (Surah Al-Taubah: 71)
“Sesungguhnya
seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keamanan (keselamatan dan
perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia” (Riwayat Ibnu Majah)
KONSEP
TAKAFUL
Pelbagai
pendapat tetapi kesemuanya berpendapat kontrak insurans adalah fasid
(defective) kerana terdapatnya unsur-unsur berikut:
1-
Gharar (ketidakpastian)
2-
Maisir (perjudian)
3-
Riba (riba)
Ulama
tidak menolak insurans secara keseluruhannya tetapi kepada sebahagian kelemahan
yang terdapat pada kontrak insurans
Larangan
Gharar
“Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesamamu dengan jalan yang
batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan redha-meredhai
antara kamu” (Surah Al-Nisa’: 29)
“Rasulullah
telah melarang jualan dengan membaling batu dan perniagaan tidak pasti
(gharar)” (Riwayat al-Baihaqi)
Gharar
Dalam Insurans
Menurut
Ibn Taimiyyah: Gharar berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara
sebelah pihak lagi tidak menerimanya. Gharar wujud di dalam kontrak insurans
kerana Ma’kud ‘Alaih (barang) tidak jelas:
1-
Samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan?
2-
Berapakah kadar bayarannya?
3-
Bilakah masanya pampasan akan dibayar?
Larangan
Perjudian
Islam
melarang perjudian kerana ia merosakkan masyarakat.
“Wahai
orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, menyembah
berhala, menilik nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
keuntungan”
(Surah
Al-Ma’idah: 90)
Larangan
Riba’
Islam
menghalalkan jual beli yang bebas daripada riba kerana ia menindas golongan
yang lain.
“Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan
bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keuntungan”
(Surah
Ali 'Imran: 130)
“Mereka
berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, sedangkan
Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (Surah al-Baqarah:
275)
Cara
Penyelesaian
1-
Menukar dasar kontrak tersebut daripada dasar jual beli kepada kontrak
berdasarkan tabarru’
2-
Tabarru’ adalah derma / sumbangan ikhlas
3-
Tabarru’ menghapuskan gharar, maisir & riba
4-
Melabur di pelaburan yang diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah
No comments: