Pengenalan Syarikat
PENGENALAN SYARIKAT
Dalam tahun 2005, Mayban
Fortis(Ageas), sektor insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban
General Assurance, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful bergabung dengan
Malaysia National Insurance Berhad, syarikat insurans kebangsaan terbesar dan
subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Bhd, operator Takaful terunggul di
Malaysia. Penggabungan ini melonjak kedudukan Mayban Fortis(Ageas) sebagai
syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia.
Pada akhir tahun 2007, usaha
penggabungan dengan Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional telah
membawa kepada perubahan jenama untuk keseluruhan kumpulan insurans dan takaful
ini kepada jenama - Etiqa. Etiqa manjadi jenama utama untuk semua perniagaan
insurans dan takaful di bawah Maybank Fortis(Ageas). Kelima-lima entiti
perniagaan kini dikumpulkan di bawah 2 subsidiari utama, masing-masing untuk
insurans dan takaful - Malaysia National Insurance Berhad kini dikenali sebagai
Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional Sdn Bhd kini dikenali sebagai Etiqa
Takaful Berhad.
Untuk tahun kewangan 2009/2010,
jumlah premium terkumpul Etiqa adalah sebanyak RM 4.5 bilion (USD 1.45 bilion)
sementara sumbangan Takaful adalah sebanyak RM 1.95 bilion (USD 631 bilion),
menjadikan Etiqa sebagai syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia dan
operator Takaful yang terunggul di negara ini, dengan keuntungan sebelum cukai
sebanyak RM 422 juta (USD 136 juta).
Pada hari ini, Etiqa menawarkan
produk insurans dan takafulnya melalui pelbagai saluran seperti melalui 23,000
tenaga agensinya, 30 cawangan insurans dan takafulnya, lebih daripada 450
cawangan Maybank, ATM dan bank-bank pihak ketiga dan ini secara langsungnya
menyediakan kemudahan sepenuhnya kepada para pelanggan.
Etiqa berpegang teguh kepada
landasan jenamanya iaitu menginsakan insurans dan takaful. Di dalam industri
yang mana perjanjian dipenuhi dengan salinan dan tulisan-tulisan kecil, Etiqa
menginsankan proses ini dengan membuat perubahan melalui ketelusan, kekuatan
dan kejujuran. Dengan asas yang padu, Etiqa mempunyai kemampuan untuk
bekerjasama dengan para pelanggan dan menjadi kehidupan mereka lebih bermakna.
Disokong oleh bank terbesar di
Malaysia, keutuhan kewangan Etiqa menjadikannya lebih bersedia untuk menjadi
syarikat insurans terunggul di Malaysia. Etiqa telah pun berada di kedudukan
teratas untuk perniagaan Takaful dengan pegangan pasaran sebanyak 44% pada
tahun 2010. Etiqa juga berada di tangga pertama dalam perniagaan insurans dan
takaful hayat/keluarga (perniagaan baru) dan am.
Sejak dilancarkan pada tahun 2007,
Etiqa terus mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa sebagai bukti
keunggulannya di dalam industri ini. Etiqa telah memenang anugerah '‘Best
Takaful Marketing’ di International Takaful Awards 2008 di London, anugerah
‘Most Outstanding Takaful Company’ di Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2008
and sekali lagi pada tahun 2009, anugerah ‘Best Brand in Services – Insurance
and Takaful’ di Brand Laureate Award Night 2009 di Kuala Lumpur dan anugerah ‘Best
Bancatakaful’ di International Takaful Awards 2009 di London.
Anugerah Pencapaian
Etiqa Takaful
Pengawasan Badan Syariah
Objektif :
Mengawasi dan menyelia operasi
Etiqa Takaful Berhad Kumpulan Maybank dari segi pengurusan dana, pelaburan, perkongsian
keuntungan dan lain-lain perkara berkaitan, bagi memastikan ia dijalankan
selari dengan prinsip dan hukum syarak.
No comments: